Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Penyokong gembira dengan proses penjualan tiket di Al-Ikhsan


Selain daripada penjualan tiket di Stadium Nasional bukit Jalil, pihak Al-Ikhsan turut menjual tiket final Piala AFF Suzuki 2018 hasil kerjasama mereka bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Bagi perlawanan akhir di antara Malaysia menentang Vietnam, Al-Ikhsan mengumumkan tiket hanya dijual di cawangan IOI City Mall dan juga Football Republic di Sunway Pyramid.

Mengambil kira proses penjualan sewaktu perlawanan separuh akhir lalu yang tidak begitu lancar dan menimbulkan sedikit kekecohan, pihak Al-Ikhsan tampil dengan solusi kupon pembelian bernombor kepada penyokong yang ingin mendapatkan tiket.


FOX Sports berjaya mendapatkan respon daripada seorang penyokong yang beratur bagi mendapatkan tiket di cawangan Al-Ikhsan ini.
Berikut adalah respon beliau,
“Sistem disini lebih baik daripada di stadium. Saya telah ke stadium dan suasana agak tidak teratur.
“Jadi kami mengambil keputusan untuk ke Al-Ikhsan IOI Mall dan berjaya beratur serta mendapatkan kupon bernombor,
“Hanya 200 orang yang pertama beratur dan mempunyai kupon ini dapat membeli tiket.
“Jika ramai yang beratur panjang, tak mungkin ada yang dapat memotong barisan. Ianya sangat bagus.” jelas Shahnyeel Anil Kumar.
 
Dan pihak AL-Ikhsan turut menghargai sokongan peminat Harimau Malaya yang memilih untuk mendapatkan tiket di cawangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan