Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Ada cadangan sistem penjualan tiket? Emelkan kepada saya – Christopher Raj

Nampaknya ‘tiket’ menjadi satu perkara yang mengecewakan ramai rakyat Malaysia hari ini.
Ia berikutan ramai penyokong Malaysia gagal mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia menentang Vietnam, Selasa ini.


Beberapa penambahbaikan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nyata belum dapat memuaskan hati ramai penyokong terhadap sukan No. 1 di Malaysia ini.
Antara yang dibuat FAM pada kejohanan AFF kali ini adalah menjual sebahagian tiket secara online dan juga secara fizikal oleh butik sukan Al-Ikhsan.
Justeru, Exco FAM, Christopher Raj menyeru kepada penyokong dan rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang idea/cadangan bagaimana sistem penjualan tiket dapat dijalankan dengan lebih efisyen, anda boleh menghantar proposal tersebut kepada christopher@fam.org.my
Disamping itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam turut berjanji untuk membawa isu tiket ini ke mesyuarat exco seterusnya termasuk penjualan secara online oleh Ticket Hotline yang mengundang kecaman ramai.



Pada jumaat lalu, beliau juga turut melawati laman sesawang Ticket Hotline bagi mendapatkan tiket perlawanan secara online.
Dan reaksi beliau terhadap servis tersebut adalah “system slow!”.



Kredit Foto: FAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan