Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 14 Disember 2018

‘Kami tahu helah Vietnam’

HANOI 13 Dis. - Selepas dua kali berdepan lawan sama, pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh tahu cara terbaik untuk menembusi benteng pertahanan Vietnam dalam final kedua Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu ini.
Pemain Pahang itu me­ngakui, Vietnam belum tewas selepas 15 perlawanan di peringkat antarabangsa, namun dia dan rakan-rakan bersedia untuk mengejutkan Naga Emas di laman sendiri.
Keyakinan itu disuarakan Sumareh yang percaya semua muslihat tembok skuad Naga Emas sudah ada dalam ‘poket’ pemain Harimau Malaya.
“Kita akui benteng mereka cukup kebal sebelum ini apabila merekodkan aksi tanpa bolos di peringkat kumpulan.
“Namun, kita telah buktikan pertahanan mereka tidaklah sekuat mana pada final pertama.
“Selepas bertemu Vietnam dua kali, kami sudah dapat mengetahui sedikit kelemahan mereka yang mana mereka tidak boleh beraksi dalam tekanan.
“Saya harap rakan-rakan sepasukan berusaha keras memastikan lawan tidak memegang bola terlalu lama dan dalam masa sama lancarkan serangan bertali arus ­seperti final pertama,” katanya hari ini.
Sementara itu, ­pemain ­kelahiran Gambia berusia 24 tahun itu turut gembira apabila bek kanan negara, Syahmi Safari sudah kembali daripada penggantungan perlawanan.
“Saya akui sangat serasi dengan Syahmi dan harap gandingan serta persefahaman kami berdua dapat menghukum pertahanan Vietnam.
“Secara peribadi, dia sudah menunjukkan peningkatan drastik dalam kempen Piala AFF Suzuki kali ini dan saya harap kehadirannya dapat membantu” katanya.
Syahmi terlepas aksi menentang Vietnam, Selasa lalu kerana menerima dua kad kuning ketika bertemu Thailand. – utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan