Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 11 Disember 2018

Aksi dramatik Harimau Malaya



Bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil malam tadi


KUALA LUMPUR, 11 Disember  2018- -Pemain  Harimau Malaya,Muhammad

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2018- -Pemain Harimau Malaya,Muhammad Safawi Rasid berjaya menjaringkan goll menerusi sepakan percuma sekaligus menyamakan kedudukan 2-2 ketika beraksi menentang pasukan Vietnam pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.GAMBAR/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN/WARTAWAN/TEAM UTUSAN
SKUAD Harimau Malaya mempamerkan aksi luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat Vietnam dengan keputusan 2-2 pada aksi final pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan berhati-hati pada awal saingan apabila sekadar melakukan beberapa percubaan lemah yang tersasar dan mudah diselamatkan penjaga gol.

Namun, kelekaan seketika benteng pertahanan skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada minit ke-22 telah dihukum Nguyen Huy Hung yang berjaya meledak gol pembukaan menerusi serangan balas pantas.
Kubu negara terus dirobek pasukan pelawat yang meraih gol kedua menerusi Pham Duc Hoy apabila menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias hasil rembatan luar kotak penalti hanya berselang tiga minit kemudian.
Tersentak dengan dua gol itu, skuad Harimau Malaya memperkemaskan jentera serangan dan berjaya merapatkan jurang apabila tandukan pemain pertahanan, Shahrul Saad menerjah gawang Vietnam selepas menerima hantaran Syamer Kutty Abba pada minit ke-36.
Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, pasukan Naga Emas hampir melebarkan kedudukan tetapi percubaan satu lawan satu penyerang gantian, Nguyen Tien Linh berjaya diselamatkan Farizal.
Penantian pemain paling bernilai (MVP) Liga Malaysia 2018, Safawi Rasid untuk mengakhiri kemarau jaringan pada kempen kali ini berakhir apabila meledak gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-60 dan keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Skuad negara akan berkunjung ke Vietnam untuk membuat perhitungan final kedua Piala AFF Suzuki 2018 yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu ini.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menjulang trofi kejohanan terbesar Asia Tenggara itu adalah pada edisi 2010 ketika menewaskan Indonesia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan