Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 11 Disember 2018

FAM sediakan khidmat beli tiket final kedua di Hanoi

PARA penyokong Harimau Malaya menggunakan khidmat FAM untuk membeli

PARA penyokong Harimau Malaya menggunakan khidmat FAM untuk membeli tiket bagi menyaksikan aksi peringkat kumpulan antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 16 November lalu.
PARA penyokong skuad Harimau Malaya boleh membeli tiket final kedua Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Hanoi pada Sabtu ini mulai semalam dan hari ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 3,000 keping tiket pada harga RM43 sekeping disediakan untuk penyokong Malaysia menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh itu.

Sepak mula perlawanan tersebut adalah pada pukul 7.30 malam (waktu Vietnam).
Stuart menambah, pe-minat tempatan yang mahu membeli tiket per-lawanan itu perlu memi-lih jumlah tiket yang ingin dibeli dan membuat pembayaran penuh ke akaun Bank Islam - Football Association Of Malaysia dengan nombor akaun 12131010006121 serta menyimpan slip pembayaran.
Peminat yang sudah membeli tiket berkenaan perlu menghantar e-mel butiran peribadi iaitu nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon, jumlah tiket dan melampirkan bersama slip pembayaran ke e-mel tiket@fam.org.my.
Beliau memaklumkan FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.
Stuart berkata, peminat boleh menebus tiket berkenaan di Hanoi pada Jumaat dan Sabtu (14-15 Disember) dan mereka akan dihubungi oleh wakil FAM di Vietnam bagi urusan penebusan tiket.
“Penebusan tiket itu hanya untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM.
“Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan itu selepas pukul 11.59 malam esok (12 Disember) tidak akan diproses,” tegas Stuart.
Beliau berkata, FAM berharap inisiatif yang dilakukan sejak aksi sulung di tempat lawan bertemu Kemboja di Phnom Penh dan diteruskan sehingga ke final kedua itu dapat dimanfaatkan sepenuh-nya oleh penyokong Harimau Malaya yang akan terbang ke Hanoi nanti. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan