Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 16 November 2018

Serangan balas perangkap Malaysia

Malaysia's midfielder Muhammad Akhyar Abdul Rashid (yellow) fights

Malaysia's midfielder Muhammad Akhyar Abdul Rashid (yellow) fights for the ball with Vietnam's forward Nguyen Cong Phuong (red-L) during the 2018 AFF Suzuki Cup group A match at My Dinh National Stadium in Hanoi on November 16,2018. (Photo by Manan VATSYAYANA / AFP)
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Ketangkasan Vietnam membuat serangan balas memerangkap Harimau Malaya sekali gus menenggelamkan hasrat mereka untuk menempah tiket awal ke separuh a­khir Piala AFF 2018 apabila tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam tadi.
Walau bagaimanapun corak permainan dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan anak didik Tan Cheng Hoe harus dipuji apabila memberi tentangan sengit kepada pasukan terbaik Asia Tenggara itu, yang berada di tempat ke-102 dalam ranking dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke-169 sepanjang tempoh 90 minit.
Walaupun bermain di laman lawan, nyata perasaan gemuruh dalam kalangan pemain negara tidak timbul apabila statistik menunjukkan mereka menguasai 61 peratus penguasaan bola sepanjang tempoh permainan.
Namun dua serangan balas pantas Vietnam berjaya membuahkan hasil dengan satu ja­ringan diperoleh dalam setiap babak.
Selain itu, kelemahan paling ketara dapat dilihat dalam pasukan negara adalah kekurangan kreativiti barisan tengah dan serangan bagi merencanakan gerakan untuk memecah kubu pertahanan lawan.
Dalam perlawanan itu, seperti dijangka, Vietnam yang mendapat sokongan padu daripada pemain ke-12 iaitu penyokong mereka yang memenuhi setiap sudut stadium berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi tolakan mudah Nguyen Cong Phuong.
Bersambung babak kedua, pasukan negara hampir memecah kebuntuan gol pada minit ke-53 menerusi sepakan bebas Safawi Rasid, yang dibawa masuk menggantikan Mohamadou Sumareh, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol skuad Naga Emas, Bui Tien Dung.
Keghairahan pemain Harimau Malaya mengatur sera­ngan sekali lagi dihukum de­ngan serangan balas tuan rumah pada minit ke-60 apabila Nguyen Anh Duc bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat buat kali kedua.
Kekalahan itu menyaksikan skuad negara berdepan misi wajib menang ke atas Myanmar dalam perlawanan ter­akhir Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 November nanti.
Keputusan malam ini bermakna Malaysia merosot ke tempat ketiga kumpulan de­ngan enam mata selepas tiga perlawanan, di bawah Myanmar dan Vietnam.
Malaysia menewaskan Kemboja 1-0 pada 8 November sebelum menundukkan Laos 3-1 di Stadium Bukit Jalil, Isnin lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan