TROFI asal anugerah Kasut Emas yang mencetuskan kontroversi.
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berjanji akan melengkapkan penyerahan lima trofi baharu yang menggantikan ‘Kasut Cinderella’ kepada semua pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 dalam tempoh seminggu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, penjaring terbanyak Liga Perdana bagi pemain tempatan, Bobby Gonzales dari Sarawak menjadi individu pertama yang menerima trofi terbaru itu.
“Kalau kita tengok dalam media sosial hari ini, Bobby sudah terima trofi dia. Dia penerima kasut pertama, saya sendiri yang menghantar kasut itu di Kota Kinabalu.
“Jadi, pada hari berikutnya, semua pemenang akan menerima trofi masing-masing. Saya sedang merancang untuk menghantarnya sendiri.
“Dalam tempoh seminggu semua akan terima trofi baru ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, ABK 2018 dihujani kritikan kerana trofi yang diberi kepada penjaring terbanyak dilihat tidak sesuai ekoran terlalu kecil.
Ia menerima pelbagai gelaran seperti miniatur kasut Cinderella, pengasah pensel dan rantai kunci (keychain), sekali gus memaksa MFL menggantikannya dengan yang baharu.
Selain Bobby, empat lagi trofi akan diserahkan kepada Penjaring Terbanyak Liga Super (import), Rufino Segovia dari Selangor; Penjaring Terbanyak Liga Super (tempatan), Shafiq Shaharudin (Kelantan) dan Penjaring Terbanyak Liga Perdana (import), Casagrande (Felcra FC).
Bobby, 34, mengucapkan terima kasih kepada MFL kerana sanggup datang ke Kota Kinabalu semata-mata mahu menyerahkan sendiri trofi baharu tersebut kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan