Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 10 Jun 2018

Hamidin paling layak


BEKAS Naib Presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. - Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Datuk Hamidin Mohd Amin adalah calon paling layak menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu menjelang pemilihan pada 14 Julai ini.
Pandangan itu disuarakan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang yakin Hamidin berupaya membawa perubahan kepada sukan kegemaran nombor satu rakyat Malaysia itu.
Zainol berkata, Hamidin berpengalaman luas dalam pentadbiran bola sepak dan pasti mempunyai idea cara untuk memajukan lagi sukan itu khususnya mengembalikan kegemilangan skuad kebangsaan.
"Selaku Setiausaha Agung FAM, Hamidin amat berpengalaman dan memahami senario bola sepak negara masa kini.
"Beliau punyai hubungan yang baik dengan Gabungan Bolasepak Asia (AFC ) dan Persekutuan Bolasepak Abtarabangsa (FIFA)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kemampuan Hamidin juga berdasarkan pembabitannya yang lama dalam pengurusan FAM di bawah beberapa presiden sebelum ini. Setakat ini beberapa nama lain seperti Datuk Seri Azim Zabidi dan Tan Sri Annuar (Musa) turut dicalonkan untuk merebut jawatan itu.
Sehingga kini, Hamidin sudah mengesahkan untuk bertanding manakala Azim sudah menolak pencalonan bagi merebut 'kerusi panas' berkenaan dan Annuar pula belum memberi kata putus mengenainya menjelang tarikh akhir pengesahan pada Khamis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan