TONY FERNANDES MINAT KERJASAMA DENGAN FAM
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AIR ASIA, TAN SRI TONY FERNANDES TELAH BERKUNJUNG KE WISMA FAM, KELANA JAYA, HARI INI BAGI BERBINCANG MENGENAI BEBERAPA PERKARA BERHUBUNG BOLA SEPAK MALAYSIA.
PADA PERTEMUAN ITU, TONY MENERUSI SYARIKATNYA, AIR ASIA BERMINAT UNTUK MENGADAKAN KERJASAMA RAPAT DENGAN FAM PADA MASA AKAN DATANG TERUTAMA DARI ASPEK KEPENGADILAN, PASUKAN-PASUKAN KEBANGSAAN SERTA PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA.
FAM SEMEMANGNYA MENGALU-ALUKAN PEMBABITAN SERTA SOKONGAN DARIPADA AHLI-AHLI PERNIAGAAN SEPERTI TONY DALAM USAHA KITA UNTUK BERSAMA-SAMA MENAIKKAN SEMULA BOLA SEPAK MALAYSIA.
TURUT SERTA PADA PERTEMUAN TERSEBUT ADALAH KETUA JURULATIH B-23 KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE SELAKU KETUA UNIT BELIA FAM SERTA TIMBALAN PRESIDEN PJ RANGERS FC, SIMON LIM YANG HADIR BERSAMA TONY.
DATO' HAJI HAMIDIN HAJI MOHD AMIN
SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan