Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 2 Mei 2018

Malaysia jangan terlalu yakin

KUALA LUMPUR 2 Mei - Walaupun ramai yang mengatakan Malaysia diletakkan dalam kumpulan mudah bagi kempen Kejohanan Piala AFF 2018, jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak mahu berasa terlalu yakin untuk melepasi peringkat awal kejohanan itu yang akan bermula pada 8 November ini.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dihuni oleh juara bertahan, Thailand, Indonesia, Fi­lipina, Singapura dan Brunei atau Timor Leste. 

Brunei perlu menentang Timor Leste dalam aksi play-off menggunakan format timbal balik pada 3 hingga 11 September ini.

“Saya tidak nafikan ramai yang mengatakan kita berada dalam kumpulan mudah, namun perlu diingatkan bola sepak tidak boleh dijangka. 

Sudah tentu setiap pa­sukan akan melakukan persiapan rapi dan tidak mungkin kita dapat laluan mudah.

“Pemain tidak boleh berasa selesa dengan undian peringkat kumpulan kali ini. 
Mereka perlu fokus untuk setiap perlawanan. 

Saya mahu mereka beraksi tanpa sebarang tekanan dan pada masa sama berusaha mendapatkan keputusan positif.

“Vietnam dilihat sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan ini namun kita tidak boleh mengambil mudah terhadap keupayaan lawan yang lain kerana pada edisi yang lalu, Myanmar layak ke separuh akhir,” katanya yang berada di Indonesia ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Berdasarkan undian kali ini, tidak banyak bezanya berban­ding dua tahun lalu di mana Laos sahaja yang tidak sama kumpulan dengan Malaysia, malah pada waktu itu, Harimau Malaya gagal melepasi peringkat kumpulan selain terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Kemboja.

Dalam pada itu, Cheng Hoe berkata, dia lebih selesa untuk melabelkan pasukannya sebagai underdog berikutan baharu sahaja mengambil alih Harimau Malaya pada 7 Disember lalu, menggantikan Nelo Vingada.

“Saya lebih gemar dengan status underdog sebab saya jurulatih baharu untuk Malaysia. 

Saya tidak boleh cakap kami akan terus ke final kerana kami perlu menghadapi perlawanan satu demi satu,” katanya.

Bagi memberi kelainan, edisi kali ini bakal menggunakan sistem ‘timbal balik’ di mana daripada 10 pasukan bertanding yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan format round robin, setiap pasukan perlu beraksi dua perlawanan di laman sendiri manakala dua lagi di tempat lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan