Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 2 Mei 2018

Harimau Malaya enggan rasa selesa


Cheng Hoe awasi kejutan Kemboja, waspada ancaman Vietnam, Myanmar saingan Kumpula A Piala AFF Suzuki 2018


PARA pemain negara perlu meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental bagi mengharungi saingan Piala AFF Suzuki 2018 November depan.

ATAS kertas skuad Harimau Malaya berdepan laluan mudah pada kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 November depan.

Skuad kebangsaan yang dibimbing Tan Cheng Hoe diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam yang menghuni ranking ke-103 dunia selain Myanmar (ke-135 dunia), Kemboja (ke-168 dunia) dan Laos (ke-179 dunia).

Bagaimanapun Cheng Hoe mempunyai pandangan berbeza apabila beliau meramalkan Kemboja berupaya melakukan kejutan, selain menganggap Myanmar dan Vietnam mampu menjadi pasukan ‘pengacau’ kepada Malaysia yang menghuni ranking ke-170 dunia.

“Jadi, saya berharap pemain-pemain perlu bersedia untuk beraksi dengan lebih baik. Pemain-pemain kita perlu melakukan ‘kerja rumah’ dengan baik kerana saya percaya Kumpulan A sama sengit seperti Kumpulan B,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta, Indonesia semalam.

Bagi edisi kali ini, format baharu diperkenalkan apabila setiap pasukan akan bermain di gelanggang sendiri dan tempat lawan berbanding sebelum ini kejohanan tersebut dianjurkan di dua negara sebagai tuan rumah.

Tag Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan