Pemangku Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi berkata, peluang untuk
jurulatih Datuk Ong Kim Swee mendapatkan pemain terbaik masih ada memandangkan
kemungkinan hanya ada dua perlawanan awal Piala Malaysia berlangsung pada sesi
latihan pusat bermula 1 Ogos nanti.
"Skuad B-23 akan memulakan latihan pada awal Ogos selama 10
hari sebelum ke Sukan Asia. Kemungkinan dalam tempoh itu, setiap pasukan hanya
mengharungi dua perlawanan Piala Malaysia dan selepas itu saingan bersambung
semula selepas Sukan Asia.
"Saya melihat dua perlawanan ini tak akan memberi kesan
kepada persiapan skuad B-23. Kita berharap agar pemain yang akan dipanggil oleh
Kim Swee nanti akan mendapat pelepasan pasukan masing-masing kerana ini
tanggungjawab mereka juga untuk membentuk pasukan ini.
"Skuad B-23 ini adalah pasukan masa depan negara, ini
pasukan terbaik yang kita ada, jadi saya percaya, semua pasukan faham keperluan
ini," katanya.
Sukan NSTP sebelum ini melaporkan kebimbangan Kim Swee mengenai
persiapan pasukannya kerana belum ada jaminan beliau akan dapat memanggil
pemain terbaik ke Sukan Asia memandangkan jadual bertindih dengan Piala
Malaysia.
Ketika mempersiapkan pasukan menghadapi Kelayakan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, Thailand pada Julai lalu,
Kim Swee dikejutkan apabila hanya enam daripada 26 pemain yang disenaraikan
melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat.
Bagaimanapun, Yusoff yang juga pengurus pasukan skuad B-23 yang
melakar sejarah mara ke suku akhir Kejohanan AFC di China, awal tahun ini tidak
menolak kemungkinan ada pasukan hanya melepaskan pemain pada saat
akhir.
"Mungkin ada pasukan yang hanya mahu melepaskan pemain
selepas dua perlawanan Piala Malaysia itu, tapi saya berharap, ini tidak akan
berlaku kerana sukar untuk jurulatih mempersiapkan pasukan pada saat
akhir.
"Tapi terpulang kepada penilaian jurulatih sama ada masih
mahu menerima pemain pada saat akhir atau hanya mengekalkan pemain yang
melaporkan diri awal," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan