SEBANYAK 18 ahli gabungan yang mencalonkan Setiausaha Agung
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagi jawatan
presiden dijangka tidak akan lompat 'parti' meskipun dua calon baharu tampil
untuk mencabar.
Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim
Mohd Zabidi dan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri
Annuar Musa membuat kejutan apabila mendapat pencalonan daripada Persatuan
Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Pertarungan tiga penjuru itu sekali gus mencetuskan persoalan
sama ada 18 ahli gabungan yang menyatakan sokongan kepada Hamidin akan
menetapkan pendirian atau sebaliknya dalam pemilihan di Kongres Tahunan FAM
ke-54 pada 14 Julai depan.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil
berkata, pendirian mereka tidak berubah dan beliau menjangkakan sebilangan
besar ahli gabungan tetap akan memilih Hamidin berbanding dua lagi pencabar
itu.
"SAFA dari dulu lagi menyokong pencalonan Hamidin, kita
lebih selesa bekerjasama dengan Hamidin. Saya rasa tak ada (tukar
pendirian)," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kesemua calon perlu mengesahkan pencalonan itu pada 14 Jun ini
sama ada ingin bertanding atau menarik diri dan sehingga kini, Azim dan Annuar
belum membuat sebarang keputusan kerana masih mahu melihat sejauh mana sokongan
bakal diraih terlebih dahulu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk
Seri Abdul Puhat Mat Nayan, mereka tetap mahukan Hamidin untuk mengisi kerusi
yang ditinggalkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada
April lalu.
"Kita masih dengan keputusan yang lama (memilih Hamidin).
Hamidin memiliki pengalaman serta hubungan bola sepak antarabangsa yang
baik," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak
Malaysia (PJBM), B Sathianathan menegaskan, tanpa manifesto, mereka tidak akan
memilih calon yang kurang dikenali.
"Sehingga kini kami tidak lagi dihubungi oleh dua calon
baharu itu (Azim dan Annuar). Kalau betul kami nak tahu apa visi dan misi
mereka. Hamidin kami sudah tahu dengan jelas apa perancangan yang ingin
dilakukan kerana itu matlamat TMJ sebelum ini
"Saya
fikir kami memerlukan presiden sepenuh masa, bagi orang yang baharu dalam bola
sepak dan orang politik memang susah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan