Jalani kem latihan pusat bagi hadapi Kejuaraan
B-19 AFF di Indonesia pada Julai
SERAMAI 27
pemain dipilih oleh ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan (B-19),
Bojan Hodak untuk menjalani kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Kelana Jaya bermula Ahad ini.
Menurut satu
kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM semalam, latihan tersebut diadakan sebagai
persiapan awal menjelang Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018
di Indonesia Julai depan.
“Selepas sembilan hari berlatih di Wisma
FAM, seramai 23 pemain terbaik akan dipilih dan dibawa ke Bangkok, Thailand
pada 29 Mei untuk latihan dan tiga perlawanan persahabatan di sana selama
seminggu sebelum pulang ke tanah air pada 5 Jun.
“Selain 27 pemain berkenaan, lima pemain
lain iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak dari pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT
II), Alif Safwan Sallahuddin, (Piala Presiden PKNP FC), Sharul Nazeem Zulpakar
(Piala Presiden Selangor), Aliff Haikal Hakim Lau (Piala Presiden PKNS FC) dan
Megat Syafique Syazwan Mohd Khairul (SSMP-AMD Panthers B-16) diminta bersedia
untuk dipanggil Hodak jika terdapat mana-mana pemain daripada senarai 27 pemain
itu mengalami kecederaan,” kata kenyataan itu.
Malaysia diletakkan dalam kumpulan B yang
dianggap sebagai kumpulan selamat bersama-sama empat pasukan lain iaitu
Myanmar, Brunei, Timor-Leste dan Kemboja.
Dua pasukan yang mengumpul mata tertinggi
di setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan