Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 9 April 2018

‘Tunggu pengumuman rasmi Julai’


18 pencalonan untuk Hamidin jadi Presiden bukti sokongan padu ahli gabungan FAM


SETIAUSAHA Agung Per­satuan Bola Sepak Ma­laysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) bakal menjadi Presiden FAM baharu tanpa bertanding selepas beliau dikhabarkan meraih sokongan tinggi daripada ahli-ahli gabu­ngan badan induk persatuan itu.

Sumber FAM mendedahkan, 18 daripada 20 ahli gabungan telah mencalonkan Hamidin untuk jawatan Presiden FAM yang akan dipertandingkan pada Kong­res FAM Julai depan.

Katanya, Hamidin dijangka menang tanpa bertanding selepas majoriti ahli-ahli gabungan FAM telah perkenan dan bersedia untuk membantu Hamidin meneruskan tugas yang ditinggalkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi memartabatkan pasukan kebangsaan serta bola sepak tempatan.

“Hamidin dijang­ka menang tanpa bertanding (jawatan Presiden FAM) pada Kongres FAM akan datang selepas majoriti 18 ahli gabungan FAM telah menca­lonkan nama beliau untuk jawatan itu.

“Ini menunjukkan Hamidin memiliki reputasi cukup besar dan mendapat kepercayaan da­ripada pelbagai pihak termasuk Tunku Ismail.

“Hanya dua ahli gabungan yang belum memberikan borang pencalonan tetapi de­ngan 18 pencalonan itu sudah membukti­kan bahawa Hamidin mungkin sudah menang tanpa bertan­ding,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melapor­kan, barisan Exco FAM telah menerima surat peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Pre­siden FAM sekali gus satu pemilihan akan diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Nama Hamidin di­sebut-sebut untuk menggantikan Tunku Ismail sebagaimana baginda me­nyarankan bekas Naib Presiden FAM itu dipilih sebagai penyambung legasinya.

Bagaimanapun mana-mana in­­dividu yang dicalonkan daripada ahli-ahli gabungan FAM boleh bertanding jawatan Pre­siden FAM.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi yang dilantik sebagai pemangku Presiden menegaskan ia akan menjadi tindakan sia-sia jika ada individu berminat untuk bertanding dengan Hamidin.

Ini kerana Yusoff menganggap kewibawaan serta pengalaman luas Hamidin di dalam bola sepak tempatan antara faktor utama Tunku Ismail menaruh kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Presiden FAM baharu.

“Saya harap keputusan sebulat suara Exco FAM menyokong Hamidin telah memberi isyarat. 

Kalau ada yang berhasrat menawarkan diri (bertanding Pre­siden FAM), saya harap mereka memikirkan isyarat jelas Exco FAM bagi memastikan saranan Tunku Ismail melicinkan proses, berjalan tersusun dan tiada apa-apa kemelut,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan