Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 11 April 2018

Razip percaya Hamidin boleh



BEKAS pemain negara, Mohd Razip Ismail yakin kemampuan Datuk Hamidin terajui FAM. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Bekas pemain negara, Mohd Razip Ismail optimis Datuk Hamidin Mohd Amin mampu melonjakkan kembali bola sepak negara terutamanya Harimau Malaya sekiranya terpilih menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurutnya, Hamidin adalah individu yang sudah lama berada dalam kancah bola sepak tempatan.
"Beliau sudah lama dalam pentadbiran bola sepak negara disusuli kebangsaan. Beliau tahu apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan kembali bola sepak, saya harap beliau mampu melakukannya," katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan sebagai bekas pemain, ia bukan haknya untuk menentukan kepimpinan FAM, sebaliknya terserah kepada ahli gabungan FAM dalam memilih individu yang layak menerajui kerusi nombor satu berkenaan.
"Sebagai bekas pemain, saya hanya mahu melihat skuad kebangsaan kembali berjaya. Lakukan perkara yang betul dan berterusan, jangan takut dengan tekanan dan kritikan.
"Bagi mencapai kejayaan, ia tidak boleh diraih dengan sekelip mata. Ia bukan kerja yang mudah namun perlu ada kesabaran dan kerja kuat. Bukan saja presiden yang perlu bekerja keras namun semua pihak yang berkepentingan," tambahnya.
Hamidin yang kini adalah Setiausaha Agung FAM disebut-sebut bakal menerajui badan induk berkenaan dengan media melaporkan sudah mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan yang mencalonkannya pada Kongres FAM  ke-54 pada 14 Julai depan.
Nama Hamidin dicadangkan sendiri bekas Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selain mendapat sokongan terbuka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Razip ditemui selepas bersama rombongan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengunjungi bekas pemain kebangsaan, Chow Kwai Lam yang mengalami masalah ketumbuhan dalam perut serta diserang angin ahmar sebanyak tiga kali pada 1995, 2000 dan 2013.
Jurulatih terkemuka yang pernah membimbing Selangor, Kuala Lumpur, Tampines Rovers, Sarawak serta skuad Bawah 23 tahun kebangsaan berkenaan dijangka menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Selaku ahli YAKEB, beliau layak menerima bantuan sehingga RM20,000 (masuk wad) dan RM2,500 (pesakit luar).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan