Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 12 April 2018

Ranking Malaysia naik lapan 
anak tangga


MALAYSIA berjaya mengubah ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di tangga lebih baik apabila menghuni tempat ke-170 dunia.

Semalam, FIFA telah mengemas kini ranking terbaharu yang me­nyaksikan skuad Harimau Malaya naik lapan anak tangga berbanding sebelum ini berada di kedudukan ke-178.

Dalam aksi perlawanan antarabangsa bulan lalu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe seri 2-2 menentang Mongolia sebelum tewas 1-2 kepada Lebanon pada kelayakan Piala Asia 2019 di Beirut.

Namun, skuad Harimau Malaya berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas menewaskan Bhutan 7-0 dalam aksi pemanas badan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur awal bulan ini.

Kali terakhir kemenangan pasukan kebangsaan sebelum menewaskan Bhutan ketika mengalahkan Kemboja 3-2 dalam Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2016 di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Di rantau Asia, pasukan kebangsaan berada di tangga ke-34, manakala ketujuh bagi ranking Asia Tenggara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan