Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 12 April 2018

Menang besar ke atas Bhutan lonjak Malaysia



PEMAIN Malaysia, Muhammad Irfan Zakaria (tengah) meraikan gol ketiga ketika menentang Bhutan pada perlawanan persahabatan antarabangsa A di Stadium Bukit Jalil. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Langkah kurang popular Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sekadar mengatur aksi persahabatan antarabangsa menentang Bhutan membuahkan hasil apabila ranking Harimau Malaya melonjak lapan anak tangga berbanding di kedudukan 178 bulan lalu.
Angka 170 yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu ekoran kejayaan skuad kendalian Tan Cheng Hoe berpesta gol ketika membelasah Bhutan 7-0, 1 April lalu selain mencatat keputusan seri 2-2 dengan Mongolia (22 Mac).
Malah, Malaysia mungkin mencatat peningkatan ranking lebih mendadak sekiranya nasib menyebelahi mereka ketika tewas 1-2 kepada Lubnan hasil jaringan saat akhir Hilal El-Helwe.
"Tahniah saya ucapkan kepada bakal presiden baru FAM atas kedudukan skuad kebangsaan naik ke tangga ke-170 daripada 178 sebelum ini. Mantap presiden baru. Tahniah," kata bekas presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Johor Southern Tigers.
Perkembangan terbaru itu turut menyaksikan Malaysia mengatasi Singapura di kedudukan ke-172 dunia dengan Vietnam kini berada pada kedudukan teratas Asia Tenggara di ranking 103.
Filipina pula muncul kedua terbaik di kedudukan ke-113, diikuti Thailand (122), Myanmar (135), Indonesia (162) dan Kemboja (169).
Pemenang Piala Dunia 2014 di Brazil, Jerman masih kekal di puncak diikuti Brazil dan Belgium manakala Portugal dan Argentina masing-masing turun ke tangga ke-4 dan ke-5.
________________________________________

RANKING 20 TERBAIK DUNIA
(dalam kurungan adalah posisi sebelum ini)

1. Jerman (1)
2. Brazil (2)
3. Belgium (5)
4. Portugal (3)
5. Argentina (4)
6. Switzerland (8)
7. Perancis (9)
8. Sepanyol (6)
9. Chile (10)
10. Poland (6)
11. Peru (11)
12. Denmark (12)
13. England (16)
14. Tunisia (23)
15. Mexico (17)
16. Colombia (13)
17. Uruguay (22)
18. Croatia (15)
19. Belanda (21)
20. Itali (14)
...
...
103. Vietnam (113)
113. Filipina (122)
122. Thailand (129)
135. Myanmar (142)
162. Indonesia (162)
169. Kemboja (172)
170. MALAYSIA (178)
172. Singapura (171)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan