Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 12 April 2018

KENYATAAN RASMI BERKENAAN ISU PENARIKAN KAD AKREDITASI MEDIA

KENYATAAN RASMI BERKENAAN ISU PENARIKAN KAD AKREDITASI MEDIA
---------
Malaysian Football League (MFL) mengesahkan telah mengeluarkan satu surat kepada seorang wartawan media online berikutan tindakan penarikan kad akreditasi media Liga Malaysia 2018.
Kami selaku pengurusan liga perlu prihatin terhadap kepentingan para penaja kami dan juga pihak yang berpotensi untuk melabur dalam MFL dan atas alasan itu, kami perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang boleh menjejaskannya menerusi kenyataan yang tidak tepat dan berbentuk negatif secara berterusan.
Encik Ahmad Khawari Isa, Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) telah menghubungi Kevin Ramalingam, Ketua Eksekutif MFL pagi ini dan MFL akan cuba untuk menyelesaikan isu ini dengan sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan