Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 13 April 2018

Malaysia akhirnya melonjak ranking dunia


KUALA LUMPUR 12 April – Kejayaan skuad Harimau Malaya menamatkan kemarau kemenangan dengan menundukkan Bhutan pada 1 April lalu menyaksikan ranking dunia Malaysia melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-170 hari ini.

Kemenangan ke atas Bhutan bukan sahaja memperbaiki ran­king negara, malah menyaksikan Malaysia akhirnya menamatkan badi 12 perlawanan tanpa kemenangan.

Dalam ranking terakhir yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia mengumpul 104 mata selepas membelasah Bhutan 7-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa A di Stadium Bukit Jalil.

Langkah berani jurulatih, Tan Cheng Hoe yang menurunkan ramai muka baharu juga dilihat antara faktor Harimau Malaya kembali meraih kemenangan selepas tugas itu gagal dilaksanakan pemain-pemain senior walaupun bekas jurulatih Kedah tersebut menggunakan alasan menerapkan sistem penggiliran.

Kemerosotan ranking mula menghantui skuad negara sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih kepemimpinan ter­tinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga akhirnya mendorong Tunku Mahkota Johor itu mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatan.

Biarpun akhirnya mencatat peningkatan, namun ranking skuad Harimau Malaya masih ketinggalan di belakang beberapa negara Asia Tenggara seperti Vietnam (103), Filipina (113), Thailand (122), Myan­mar (135) dan Indonesia (162).

Sementara itu, Jerman menge­kalkan kedudukan teratas dunia biarpun kalah 0-1 kepada Brazil dalam aksi persahabatan antarabangsa, bulan lalu.

Brazil mengekori di tangga kedua, diikuti Belgium, Portugal, Argentina, Switzerland, Perancis, Sepanyol, Chile dan Poland yang berada dalam kalangan 10 pasukan terbaik dunia.

Itali yang gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 mengalami kejatuhan terburuk dengan jatuh 18 anak tangga ke kedudukan ke-20 dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan