Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 15 April 2018

PERLAWANAN DIBATALKAN, TINDAKAN AKAN DIAMBIL Baca penuh:

PERLAWANAN DIBATALKAN, TINDAKAN AKAN DIAMBIL
—————
Perlawanan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 di antara PDRM menentang Kuantan FA malam ini telah dibatalkan. Sekretariat MFL akan memajukan perkara ini kepada Lembaga Pengarah MFL untuk membatalkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 dan juga turut pasti bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga akan memberi hukuman setimpal terhadap mereka.
MFL telah berlaku adil kepada pegawai dan pemain dengan membantu membayar gaji 1 bulan melalui geran pasukan 2018 dengan harapan ianya dapat memberi peluang kepada pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah ini dan terus mengharungi liga.
MFL telah menerima banyak jaminan di mana mereka akan menyelesaikan semua masalah mereka dengan penajaan baru yang akan masuk. Namun, ianya tetap gagal dan satu keputusan harus dimuktamadkan.
Lembaga Pengarah MFL dan juga FAM sudah tentu memandang serius perkara ini dan satu hukuman yang setimpal pasti menyusul, bukan sahaja kepada pasukan, tetapi juga kepada individu-individu yang terlibat dengan memastikan mereka ini tidak terlibat lagi dalam bola sepak tempatan lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan