JURULATIH skuad B-23
negara, Datuk Ong Kim Swee (tengah) belum membuat pilihan pemain senior bagi
menghadapi Sukan Asia Indonesia Ogos depan. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Jurulatih
skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee tidak bercadang untuk
melakukan rombakan besar ke atas barisan pemainnya bagi menghadapi Sukan Asia
Indonesia Ogos depan namun akan memanggil tiga pemain senior.
Setiap pasukan yang
bertanding pada temasya sukan itu dibenarkan memanggil tiga pemain lebih umur
dan Kim Swee percaya kehadiran pemain senior mampu memperkuatkan pasukan.
"Kami akan menghantar
pasukan terbaik ke sana dengan mendapatkan khidmat tiga pemain lebih umur, tapi
ini bergantung kepada situasi yang dihadapi sebelum Sukan Asia bermula.
Buat masa ini saya belum
membuat pilihan pemain senior.
"Saya tak nampak kami
akan melakukan banyak perubahan ke atas pemain yang beraksi di China (Kejohanan
B-23 AFC) sebelum ini namun saya tak nafikan ada beberapa pemain seperti Syafiq
Ahmad (Johor Darul Ta'zim), Ariff Farhan Isa, Amirul Hisyam Awang Kechik
(Kedah) menunjukkan prestasi yang baik untuk dipertimbangkan," katanya.
Selepas skuad B-23 negara
melakar sejarah dengan layak ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC Januari lalu, Kim
Swee berdepan satu lagi misi besar pada Sukan Asia tahun ini.
Berdasarkan prestasi di
China, harapan tinggi disandarkan kepada skuada muda itu namun Kim Swee
mengakui, kekangan masa menjadi halangan besar untuk beliau membentuk skuad
terbaik.
"Saya tak boleh
lakukan perubahan besar kerana pemain sedia ada sudah mempunyai persefahaman
baik. Cuma pasukan mungkin tidak sempat untuk mengadakan perlawanan ujian
sebelum ke Sukan Asia.
"Saya akan memanggil
semua pemain pada 1 atau 2 Ogos ini, lebih kurang dua minggu sebelum temasya
dan saya harap ia mencukupi untuk membuat persiapan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan