Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 27 April 2018

'Kami tak goyang jumpa Jepun'



LIM Teong Kim. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Penjaga gol skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman menegaskan dia tidak takut dengan reputasi Jepun selepas kedua-dua pasukan diundi dalam Kumpulan A pada Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur, September depan.
Selain Jepun, skuad kendalian Lim Teong Kim itu juga bakal dicabar oleh Thailand dan Tajikistan dengan masing-masing mahu meraih dua posisi terbaik untuk ke suku akhir kejohanan.
Namun, berdasarkan rekod pertemuan terakhir menentang Jepun ketika pusingan kelayakan di Indonesia tahun lalu menyaksikan Malaysia tumbang 0-4.
Malah, Thailand menunjukkan aksi memberangsangkan di Kejohanan AFF B-15 tahun lalu apabila menamatkan kedudukan selaku naib juara berbanding skuad kebangsaan di tangga keempat.
Begitupun, Sikh yang pernah dijulang sebagai penjaga gol terbaik di salah satu kejohanan terbesar Eropah percaya, pasukan mampu memberi tentangan kepada semua lawan ketika mereka turut disasarkan layak hingga ke separuh akhir sekali gus meraih slot ke Piala Dunia Remaja B-17 di Peru tahun depan. 
"Saya rasa tidak perlu bimbang. Kami cuma harus bermain seperti biasa dan kekalkan tahap kami selain cuba mengelak daripada melakukan kesilapan. Kami boleh menang lawan Jepun atau sesiapa pun," katanya yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang itu.
Sikh antara tonggak terbaik dalam skuad elit generasi pertama Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) sering mendapat kepercayaan Teong Kim untuk mengawal gawang negara dalam mana-mana kejohanan disertai.
Malah, sepanjang empat tahun persiapan pasukan ini pelbagai gelaran berjaya dijulang antaranya Piala Iber Costa del Sol 2015 di Sepanyol serta Piala SuperMokh 2016 yang membabitkan kehadiran kelab ternama dunia. 
"Memang kami pernah kalah kepada Jepun tahun lalu, tetapi waktu itu kami tidak turun dengan kekuatan sebenar. Piala AFF juga bukan skuad pertama yang pergi sebaliknya pasukan kedua NFDP. 
"Saya yakin kami akan dapat melakukan sesuatu kerana kami akan turun dengan kekuatan sebenar.
"Lagipun, kami semua memang bercita-cita nak main di Piala Dunia dan kami akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu," katanya. 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NFDP Safirul Azli Abu Bakar berkata, kekalahan besar di tangan skuad Samurai Biru tahun lalu bukanlah petanda bahawa skrip sama akan berulang.
"Baru-baru ini kita mengadakan aksi persahabatan dengan Tokyo FC di Gambang. Dalam pasukan itu, ada empat pemain Jepun B-16 yang akan bermain nanti termasuklah ketua pasukan mereka. 
"Aksi itu menyaksikan kita menang satu dan seri satu. Nampak dalam perlawanan berkenaan kita boleh bermain dan kalau nak berada dalam empat terbaik (Kejohanan AFC), kita kena jadi juara kumpulan sekali gus dapat laluan mudah di suku akhir," kata Safirul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan