BEKAS pengerusi
jawatankuasa tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah.
- Foto fail
Beliau berkata demikian
ketika mengulas mengenai hukuman yang sewajarnya dikenakan oleh Liga Bolasepak
Malaysia (MFL) ke atas pasukan Kuantan FA yang enggan lagi beraksi selepas
dibelenggu tunggakan gaji selama tiga bulan sejak bermulanya musim 2018.
Kamarudin bagaimanapun
berkata, pemain tidak boleh dipersalahkan dalam kes berkenaan kerana bayaran
gaji di bawah tanggungjawab pasukan.
Katanya, kegagalan
menguruskan tunggakan gaji itu juga memberi petanda organisasi terbabit adalah
satu pengurusan yang lemah.
"Jika sampai
membabitkan isu pasukan tidak lagi mahu beraksi, ini satu masalah yang serius.
Sudah tentu perlunya satu bentuk hukuman yang keras sebagai pengajaran.
"Sepatutnya pengurusan
lemah sebegini diharamkan daripada menyertai saingan bola sepak tempatan.
Kegagalan pengurusan menyebabkan pelbagai masalah timbul sehingga menjejaskan
pihak yang terbabit.
"Atas salah pengurusan
menyebabkan tunggakan gaji berlaku selama berbulan bulan. Pemain tidak boleh
dipersalahkan dalam isu ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, jurulatih
Kuantan FA, Ismail Zakaria mengesahkan masalah tunggakan gaji yang dialami
menjadi punca pemainnya menolak untuk turun ke padang pada perlawanan bertemu
skuad bimbingan Zulhamizan Zakaria itu.
Selain itu beliau turut
menjelaskan betapa dirinya sudah tidak mampu berbuat apa-apa selepas pasukan
berkenaan dipercayai sepakat enggan beraksi pada perlawanan ketujuh Liga
Perdana itu.
Bagaimanapun, kegagalan
skuad The Seagulls itu untuk hadir pada aksi Liga Perdana bertemu PDRM di
Stadium Shah Alam, Ahad lalu mengundang padah selepas pasukan ini bakal
berdepan hukuman berat daripada MFL.
Badan pengendali liga itu
menerusi satu kenyataan berkata, mereka memandang serius perkara itu dan
bersedia mengenakan hukuman berat dengan membatalkan penyertaan pasukan
terbabit.
Malah, MFL turut menegaskan
hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan kepada individu bagi memastikan mereka
tidak menceburkan diri dalam bola sepak tempatan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan