Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 14 April 2018

'Hamidin tiada masalah'



PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menyifatkan tiada masalah sekiranya Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memegang dua jawatan dalam persatuan berbeza.
 Hamidin dilaporkan bakal mengisi jawatan Presiden FAM bagi menggantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selain turut dikaitkan dengan jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan kedua-dua pemilihan dijadual berlangsung bulan depan.   
Namun, beberapa pihak menganggap Setiausaha Agung FAM itu sebaiknya memberi keutamaan kepada jawatan Presiden FAM yang pasti memerlukan fokus sepenuhnya untuk menguruskan badan induk berkenaan.
 Bagi Sathianathan, beliau percaya Hamidin boleh menguruskan FAM dengan baik walaupun kemungkinan turut terpilih sebagai Timbalan Presiden MOM yang dianggap sebagai tugas separuh masa.
 “Tugas Timbalan Presiden MOM bukan sepenuh masa kerana bukan selalu terbabit dengan kejohanan besar. Bila ada Sukan SEA, Sukan Asia dan sebagainya barulah MOM berdepan kesibukan.
 “Malah, ia (Timbalan Presiden MOM) bukan posisi di mana beliau (Hamidin) perlu membuat keputusan dan yang banyak melakukan tugas adalah Setiausaha Agung MOM.
 “Berbeza pula dengan FAM, presiden yang perlu buat keputusan dan membabitkan banyak pertandingan setiap tahun termasuk liga, pasukan kebangsaan dan futsal. Jadi ia perlukan fokus sepenuh masa.
 “Apa pun, segala keputusan terpulang kepada Hamidin dan beliau perlu memikirkan sebaik mungkin. Cuma bagi saya, ia mungkin tiada masalah memikul dua tugas,” kata Sathianathan.
 Khamis lalu, Sukan NSTP melaporkan Penolong Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi menasihatkan supaya Hamidin tidak memegang banyak jawatan hingga boleh membebankan tugasnya.
 Hamidin hampir pasti dipilih sebagai Presiden FAM yang baharu selepas 18 daripada 20 ahli gabungan mencalonkan nama beliau untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tunku Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan