Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 12 April 2018

Hamidin dinasihat tarik diri



DATUK Hamidin Mohd Amin diharap memberi tumpuan sepenuhnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya terpilih menerajui badan induk itu.
Ia disuarakan Penolong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang melihat Hamidin perlu melupakan hasrat untuk mencabar jawatan tertinggi dalam badan yang memayungi persatuan sukan kebangsaan itu.
“Sebenarnya terpulang kepada beliau. Namun pada pandangan saya, lebih baik jangan pegang banyak jawatan.
“Ia bukan tugas yang mudah. Setiap jawatan yang dipegang perlu diterjemahkan dengan prestasi yang cemerlang, bukan saja sekadar menjawat jawatan.
“Saya hormati Hamidin, saya fikir beliau mampu namun ia bukan sesuatu yang mudah. Beliau pemimpin daripada kalangan rakyat biasa, bukan dari golongan bangsawan, menteri atau sebagainya. Ia tanggungjawab yang besar,” jelasnya.
Hamidin dilaporkan bakal mengisi kerusi panas FAM bagi menggantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selain turut dikaitkan dengan jawatan Timbalan Presiden MOM dengan kedua-dua pemilihan dijadual berlangsung bulan depan.
“Semua keputusan terpulang kepada Hamidin. Jika beliau fikir boleh melakukannya, tiada masalah,” tambahnya ketika ditemui semasa majlis makan malam Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) malam tadi.
Sementara itu, Kok Chi menjelaskan susulan prestasi cemerlang skuad bola sepak bawah 23 (B-23) mara ke suku akhir Kejohanan Bolasepak Asia (AFC), mereka akan menyertai Sukan Asia dalam kategori A.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan