Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 12 April 2018

Jangan buat kerja tak berfaedah - Kamarudin



BEKAS Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah. - Foto Hasan Ismail

KUALA LUMPUR: Ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang cuba mencadangkan nama lain untuk dipilih sebagai presiden badan induk itu hanya melakukan kerja sia-sia.
Perkara itu diluahkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah selepas 18 daripada 20 ahli gabungan dilaporkan mencalonkan nama Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai presiden baharu badan induk berkenaan.
Kamarudin berkata, 18 pencalonan yang diterima Hamidin menunjukkan bukti jelas Setiausaha Agung FAM itu menjadi calon pilihan dan sukar untuk dicabar individu lain.
"Kalau kita lihat kepada 18 pencalonan itu, memang sudah melebihi jumlah undi majoriti yang diperlukan untuk seseorang dipilih sebagai presiden kerana FAM hanya ada 20 ahli gabungan.
"Ia juga bukti jelas bahawa sukar untuk individu lain mencabar Hamidin, itu pun jika ada nama lain dicalonkan oleh dua lagi ahli gabungan yang belum membuat keputusan. Jadi, memang kerja sia-sia dua ahli gabungan itu mencalonkan orang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sukan NSTP sebelum ini melaporkan 18 daripada 20 ahli gabungan mencalonkan nama Hamidin bagi menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara rasmi meninggalkan kerusi panas itu pada 2 April lalu.
Tempoh pencalonan bagi pemilihan jawatan presiden dibuka sehingga 11 Mei ini dan difahamkan, sehingga kini Hamidin menjadi calon tunggal yang mendapat pencalonan daripada ahli gabungan.
Selain itu, Kamarudin yang juga bekas pemain kebangsaan percaya pengalaman Hamidin berkhidmat sebagai Setiausaha Agung di bawah tiga bekas Presiden FAM sebelum ini bakal menjadi kekuatan utama untuk beliau membawa perubahan kepada arena bola sepak negara.
Beliau bagaimanapun berkata, Hamidin perlu bekerja lebih keras kerana tugas presiden lebih berat berbanding menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung.
"Tugas presiden ini memang berat kerana semua bergantung ke atas bahu beliau termasuk dari pentadbiran FAM hingga ke pasukan kebangsaan. Ia sama sekali berbeza dengan peranan yang dimainkan Setiausaha Agung.
"Tapi Hamidin mempunyai pengalaman luas dan pernah berkhidmat di bawah tiga presiden termasuk Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah, dan TMJ. Saya fikir ia akan banyak membantu beliau menguruskan FAM nanti.
"Berkenaan dana pula saya jangka tiada masalah kerana TMJ sebelum ini sudah menyatakan hasrat untuk membantu FAM, mungkin Hamidin boleh memberi lebih fokus kepada pengurusan dan menyumbang idea baharu untuk bola sepak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan