Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 28 Mac 2018

Tunku Ismail masih Presiden FAM

 Mesyuarat Exco FAM minggu depan bakal putuskan status TMJ


TUNKU ISMAIL mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden FAM pada Kongres Tahunan Kedua FMLLP di Iskandar Puteri, Johor, Ahad lalu.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (fam), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ma­sih kekal sebagai Presiden FAM.

Bagaimanapun, Hamidin enggan mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan Tunku Ismail sehingga perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Exco FAM pada Isnin depan.

“Tunku Ismail masih la­gi Pre­si­den FAM sehingga Mesyuarat Exco FAM pada Isnin depan.

“Pada mesyua­rat tersebut, Exco-Exco FAM akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak hasrat Tunku Ismail melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM.

“Perkara tersebut akan menjadi agenda utama pada mesyua­rat nanti dan apa-apa keputusan mengenainya akan diumumkan selepas itu,” katanya ketika dihu­bungi Kosmo! semalam.

Diminta mengulas dirinya dinamakan calon sesuai untuk jawatan Presiden FAM, Hamidin yang kini berada di Beirut, Lebanon mengambil sikap ‘kunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

“Seperti yang saya maklumkan, tunggu dulu kerana dalam perlembagaan FAM, Exco-Exco badan induk bola sepak negara masih belum menerima atau menolak peletakan jawatan Tun­ku Ismail. Baginda masih kekal menjadi Presiden FAM buat masa ini,” katanya.

Sejurus mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden FAM, Tunku Ismail kemudian mencadangkan nama Hamidin sebagai calon sesuai menggalas tanggungjawab memimpin badan induk bola sepak negara tersebut selepas Kongres Tahunan Kedua Football Limited Liability Partnership (FMLLP), Ahad lalu.

Cadangan Tunku Ismail yang menamakan Hamidin untuk ca­­­lon jawatan Presiden FAM disam­but baik pelbagai pihak termasuk bekas Setiausaha Agung FAM, Tan Sri Ibrahim Saad yang menyifatkan Hamidin memiliki pe­ngalaman luas mengenai sukan bola sepak tempatan.

“Saya melihat Hamidin memiliki karakter yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang mungkin timbul pada masa depan selain mempunyai hubu­ngan baik dengan semua diplomat bola sepak di seluruh negara,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan