Tunku
Ismail - Gambar fail
KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota
Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memohon maaf kepada pasukan
Harimau Malaya kerana gagal mencatat sebarang kemenangan ketika baginda
memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dipetik menerusi laman sosial Facebook milik Johor Darul Ta’zim
(JDT), Johor Southern Tigers, Tunku Ismail juga berharap skuad negara yang
akan bermain menentang Lebanon dalam aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan
Piala Asia 2019 di Beirut, malam ini akan mencapai kemenangan pertama selepas
baginda melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya.
Saya juga ingin meminta maaf kepada
pasukan kebangsaan kerana sepanjang saya menjadi Presiden FAM, anda tidak
pernah menang.
“Sekarang saya sudah tiada dan saya harap anda semua akan
menang," jelas Tunku Ismail.
Ahad lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila menyerahkan
surat peletakkan jawatan sebagai Presiden FAM pada sidang akhbar di Johor
Bharu.
Sejak dipilih menjawat kerusi paling panas itu
pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac tahun lalu, skuad Harimau Malaya gagal
mencatat kemenangan terutamanya dalam kempen Kelayakan Piala Asia yang
menyaksikan bekas jurulatih, Nelo Vingada meletak jawatan.
“Walaubagaimanapun doa dan sokongan saya sentiasa bersama para
jurulatih dan pemain yang mewakili pasukan kebangsaan.
“Saya yakin satu hari nanti pasti anda semua akan bangkit dan
akan membuat seluruh negara bangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan.
Sekali
lagi saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua,” titah baginda. - K!
ONLINE\
Tiada ulasan:
Catat Ulasan