TONY dilihat mampu
gantikan tempat TMJ sebagai Presiden FAm. -Foto fail
KUALA LUMPUR: Nama pemilik kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan
Sri Tony Fernandes dan pemilik kelab Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan kembali disebut
sebagai antara individu paling sesuai menjadi presiden baharu Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM).
Ia sekali gus menjadikan tiga individu yang berpotensi bagi
menerajui badan induk berkenaan selepas setiausaha agung, Datuk Hamidin Mohd
Amin.
Nama Hamidin dicadangkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku
Ismail Sultan Ibrahim selepas mengumumkan peletakan jawatannya dari kerusi
nombor satu badan induk itu pada Ahad lalu.
Hamidin ketika ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak
termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan
beliau sebagai individu paling layak menggantikan TMJ.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berpendapat Tony dan Vincent juga antara individu
yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk menerajui FAM.
VINCENT
TAN
"Kita perlu bersikap
terbuka kerana jawatan itu juga terbuka, sama ada ahli gabungan nak mengundi
atau tidak itu cerita lain. Kalau Hamidin, dia sememangnya berkelayakan kerana
ada pengalaman dalam tadbir urus Persatuan Bolasepak Selangor dan FAM.
"Tapi
ada individu lain yang ada kelayakan seperti Tan Sri Tony. Beliau juga ada
pengalaman dalam bola sepak terutama sebagai pemilik QPR. Semua orang tahu
bagaimana beliau bangkit dari kegagalan di QPR.
"Tan
Sri Vincent juga tidak kurang hebat. Selain menjadi pemilik Cardiff City, dia
juga pemilik kelab bola sepak di Amerika Syarikat (Los Angeles FC), jadi dia
juga ada pengetahuan mengenai budaya dalam bola sepak.
"Ketiga-tiganya
ada kelebihan masing-masing dan saya fikir sekarang ini kita hanya perlu
mengelak daripada membabitkan kerabat diraja dan orang politik demi melihat
pembaharuan dalam bola sepak," katanya.
Nama
Tony dan Vincent sebelum ini sudah dikaitkan dengan jawatan nombor satu di FAM
selepas peletakan jawatan presiden dahulu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Bagaimanapun
kedua-duanya tidak dicalonkan pada Kongres Ke-53 FAM, Mac tahun lalu yang
menyaksikan TMJ menang tanpa bertanding selepas Khairy dan Tan Sri Annuar Musa
menarik diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan