KHAIRUL FAHMI CHE MAT (dua dari kiri) bersalaman
dengan Ketua Pasukan Bhutan, Jigme Tshering Dorjee sambil disaksikan Tan Cheng
Hoe (kiri) dan Ketua Jurulatih Bhutan, Trevor James Morgan dalam sidang akhbar
di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. MINGGUAN/SURIYA BONMA
UALA LUMLUR 31 Mac - Ketua jurulatih Harimau
Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui dirinya amat memerlukan kemenangan dan berharap
dapat menterjemahkannya dalam aksi persahabatan menentang Bhutan di Stadium
Nasional Bukit Jalil, esok.
Ketika ini peminat bola sepak tempatan begitu
mendambakan kemenangan apabila kali terakhir melihat skuad Harimau Malaya
melakukannya ketika menewaskan Kemboja 3-2 dalam aksi Kumpulan B Piala AFF pada
20 November 2016.
Kata Cheng Hoe, berdasarkan persembahan
cemerlang anak-anak buahnya ketika menentang Lebanon, dia bakal melakukan
pertukaran dua atau tiga pemain sahaja bagi menghadapi Bhutan.
Malaysia tewas
1-2 kepada Lebanon dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 di tempat
lawan pada Selasa lalu.
“Ya.
Memang kita perlukan kemenangan dan saya
akui memang kami dahagakan kemenangan kerana sudah lama tidak menang sebarang
perlawanan di pentas antarabangsa.
Bukan kemenangan besar yang saya harapkan
kerana setiap perlawanan adalah berbeza.
“Bagi perlawanan esok, hanya dua atau tiga
pemain sahaja yang akan ditukarkan kerana saya mahu memberi peluang kepada
pemain lain yang tidak diturunkan ketika menentang Lebanon.
“Lagi pun, saya tidak boleh membuat pertukaran
besar-besaran kerana saya mahu pemain meneruskan momentum mereka ketika
menentang Lebanon.
Saya lihat selepas beberapa hari menjalani latihan bersama,
pemain dapat memahami corak permainan yang diinginkan,” katanya kepada
pemberita di Wisma FAM hari ini.
Malaysia berpeluang untuk mencipta kemenangan
pertama di pentas antarabangsa pada tahun ini, bagaimanapun anak-anak buah
Cheng Hoe gagal menterjemahkannya apabila sekadar seri 2-2 menentang Mongolia
dalam aksi persahabatan di venue yang sama pada 22 Mac lalu.
Ekoran daripada itu, anak-anak buah Cheng Hoe
menerima kecaman kerana gagal menewaskan pasukan yang berada di kedudukan
ranking lebih rendah di mana Mongolia berada pada kedudukan ke-189 berbanding
Malaysia di tangga ke-178 dunia. Bhutan pula di tangga ke-188.
Sementara itu, penjaga gol Harimau Malaya,
Khairul Fahmi Che Mat berharap kemenangan dapat dilakar seterusnya menjadi
titik permulaan baharu kepada skuad kebangsaan.
“Kami kena fokus untuk perlawanan esok dan semua
kesilapan ketika menentang Lebanon tempoh hari perlu diperbaiki. Saya juga
berharap agar kemenangan dapat dilakar di Stadium Nasional Bukit Jalil yang
sentiasa menyaksikan detik manis buat pasukan kebangsaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan