Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 3 April 2018

Kim Swee mahu terap gaya Atletico


DATUK Ong Kim Swee diberi peluang menimba ilmu kejurulatihan di Atletico Madrid itu selama sebulan sejak Februari lalu. - Foto Hairul Anuar Rahim

syafiq.aznan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee akan berusaha keras untuk menurunkan segala pengalaman ketika 'menuntut ilmu' selama sebulan di Atletico Madrid sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti skuad muda negara.
Bagaimanapun, Kim Swee berdepan beberapa kekangan untuk menerapkan pengetahuannya memandangkan beliau perlu menilai pendekatan yang mahu digunakan sama ada bersesuaian dengan pemain muda negara ataupun tidak.
"Ilmu dapat diserap tanpa mengira dari mana ia datang. Apa yang penting adalah kita tahu sama ada boleh atau tidak kita menggunakan corak yang sama di Atletico Madrid dengan set pemain yang kita ada buat masa ini.
"Apa yang baik, saya akan bawa bersama namun apa yang saya fikir belum lagi bersedia untuk diterapkan kepada pemain, saya akan tunggu pada masa yang lebih sesuai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu bersama penolong jurulatih, Brad Maloney diberi peluang menimba ilmu kejurulatihan di kelab gergasi La Liga itu selama sebulan sejak Februari lalu.
Sebelum ini, jurulatih kelahiran Melaka berkenaan pernah mengikuti program kejurulatihan bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris berpangkalan di London, Queens Park Rangers (QPR) selama sebulan pada Februari tahun lalu.
Mengulas lanjut pengalamannya bersama pasukan bimbingan Diego Simeone itu, Kim Swee nyata kagum dengan apa yang dilakukan pasukan terbabit sambil mengakui pengalaman itu memberi pendedahan yang cukup baik untuk dirinya.
"Atletico Madrid adalah pasukan yang cukup besar dan segala persiapan serta kemudahan yang mereka miliki sememangnya lebih baik. Corak latihan juga berbeza dengan mereka memiliki sehingga lapan pembantu jurulatih.
"Ini membuktikan betapa seriusnya mereka dan dengan persekitaran sebegitu di pusat latihan mereka, ia cukup memudahkan Simeone untuk menerapkan corak latihan yang dimahukan.
"Namun harus diingat Atletico Madrid memiliki pemain dengan kualiti yang baik sekali gus membolehkan mereka melakukan apa yang sudah dirancang," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan