HAMIDIN (kiri) selepas
mesyuarat khas pertama jawatankuasa eksekutif di Wisma FAM. -Foto LUQMAN HAKIM
ZUBIR
aziman@nstp.com.my
PETALING JAYA: Peluang
Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM) cerah apabila beliau kemungkinan akan menang tanpa bertanding dalam
pemilihan kongres badan induk itu, 14 Julai depan.
Pencalonan bagi
merebut kerusi panas itu kembali dibuka hari ini selepas Exco FAM dalam
Mesyuarat Khas Pertama Bagi Penggal 2017-2021 menerima peletakan jawatan Tunku
Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 25 Mac lalu.
Biarpun dalam
perlembagaan FAM membenarkan sesiapa saja dalam kalangan rakyat Malaysia
bertanding merebut jawatan itu pada kongres nanti, namun mereka perlu mendapat
pencalonan daripada ahli gabungan.
Dan melihat kepada
sokongan padu Exco FAM ketika ini, kemungkinan besar Hamidin yang juga
setiausaha agung tidak akan dicabar apabila pengumuman calon dibuat pada 11 Mei
ini.
Hamidin yang
menyandang jawatan tugas setiausaha agung sejak 2013 di bawah teraju tiga
presiden iaitu Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku
Ismail mengharapkan pemilihan kali ini berjalan lancar tanpa pertandingan
meskipun beliau bersedia berdepan mana-mana calon.
"Selepas
mengadakan perbincangan dengan Tunku Ismail, mendapatkan pandangan presiden dan
setiausaha persatuan bola sepak negeri dan kelab, saya mengesahkan untuk
bertanding pada kongres nanti.
"Bola sepak
negara berada di kedudukan bawah, jadi seperti yang TMJ mahukan satu peralihan
kuasa yang lancar. Walaupun statut FAM membenarkan sesiapa rakyat Malaysia
untuk bertanding, tapi mereka kena fikirkan kebaikan bola sepak, kita harap ada
satu calon saja, kita nak bergerak dalam satu pasukan," katanya dalam sidang
media selepas mesyuarat itu hari ini.
Sebelum ini ada
beberapa nama disebut untuk dicalonkan merebut jawatan itu termasuk pemilik
kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes dan pemilik kelab
Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan selepas Tunku Ismail sah mahu meletakkan
jawatannya selepas genap setahun menerajui FAM.
Bagaimanapun, selain
sokongan padu Exco dan ahli gabungan, Hamidin tampak memiliki kelebihan ketara
memandangkan beliau turut mendapat restu TMJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan