Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 2 April 2018

Mohd. Zaquan puji semangat juang pasukan


Mohd. Zaquan ketika aksi perlawanan di Bukit Jalil malam tadi.

KUALA LUMPUR - Setelah menamatkan kemarau kemenangan sejak November 2016, dengan membelasah Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan antarabangsa semalam, kapten pasukan Harimau Malaya menggesa rakan sepasukannya agar tidak terus terbuai dengan kejayaan itu.

Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak yang meledak empat jaringan semalam, memuji semangat juang pasukannya dan menyifatkan kemenangan itu adalah hasil usaha keras rakan-rakan dan taktikal jurulatih, Tan Cheng Hoe yang amat berkesan.

"Kemenangan ini bukan bererti kita boleh mendongak tinggi ke langit, sebaliknya masih banyak yang harus diperbaiki dan jauh lagi perjalanan yang perlu kita  ditempuhi.

"Peringatan itu untuk diri saya juga agar tidak terbuai dengan kemenangan semalam. 

Saya berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada perlawanan akan datang," katanya selepas perlawanan semalam.

Beliau juga berterima kasih kepada semua ponyokong tempatan yang memberi sokongan sama ada  datang ke stadium, mahupun memberi sokongan dari jauh. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan