Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 7 Mac 2018

KEPUTUSAN LEMBAGA PENGARAH FMLLP BAGI PASUKAN YANG GAGAL DAN LEWAT MELENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN

KEPUTUSAN LEMBAGA PENGARAH FMLLP BAGI PASUKAN YANG GAGAL DAN LEWAT MELENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN
----------
Lembaga Pengarah Football Malaysia LLP (FMLLP) telah bermesyuarat pada 5 Mac 2018 bagi menentukan keputusan hukuman bagi pasukan yang gagal dan lewat melengkapkan dokumen pendaftaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
10 pasukan akan dikenakan hukuman akibat kegagalan dan kelewatan melengekapkan dokumen pendaftaran sebelum 5 Mac 2018. 6 daripadanya adalah pasukan yang lewat melengkapkan dokumen iaitu pasukan MIFA, UKM FC, Selangor, PKNS FC, PDRM dan Kuala Lumpur manakala baki 4 pasukan lagi adalah yang gagal melengkapkan dokumen iaitu pasukan Kelantan, Kuantan FA, Sarawak dan Pulau Pinang.
FMLLP sebelum ini pernah mengeluarkan artikel bahawa tarikh akhir yang diberikan adalah pada 3 Februari 2018. Namun, Lembaga Pengarah FMLLP sekali lagi memberi peluang dengan mengambil kira tarikh akhir adalah pada sebelum 5 Mac 2018 iaitu pada hari mesyuarat itu berlangsung.
3 jenis hukuman telah diputuskan pada mesyuarat tersebut iaitu denda, sekatan perpindahan dan pemotongan mata.
Bagi hukuman denda, pasukan unifi Liga Super yang gagal dan lewat melengkapkan dokumen akan dikenakan denda sebanyak RM 1.5 juta manakala pasukan 100PLUS Liga Premier yang gagal dan lewat melengkapkan dokumen akan dikenakan denda sebanyak RM 500,000.
Untuk hukuman sekatan perpindahan pula, hanya pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran sahaja akan dikenakan hukuman tersebut sehingga segala dokumen telah lengkap dan selesai.
Bagi hukuman pemotongan mata, sebanyak 6 mata akan dipotong bagi pasukan yang gagal melengkapkan dokumen, manakala sebanyak 3 mata pemotongan bagi pasukan yang lewat melengkapkan dokumen.
Namun, pemotongan mata tersebut merupakan hukuman tertangguh yang akan dilaksanakan jika pasukan terbabit melakukan apa-apa kesalahan mengikut Manual Liga Malaysia 2018 dan juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan FMLLP dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2018 iaitu pada waktu pendaftaran untuk musim 2019. Jadi sama ada mata dipotong atau tidak ianya terletak kembali kepada pengurusan pasukan masing-masing.
FMLLP masih mengamalkan semangat kerjasama bersama pasukan dan atas nasihat Tunku Pengerusi serta dipersetujui oleh Lembaga Pengarah FMLLP, peluang diberi kepada semua pasukan untuk tidak dipotong mata serta merta. Ianya sebagai satu pengajaran kepada pasukan untuk mereka menjadi lebih efisien pada masa akan datang.
Kesemua pasukan terbabit akan diberi masa sehingga 14 hari untuk membuat rayuan bagi pengurangan hukuman tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan