SHAH ALAM - Malaysia Football League (MFL) mengesahkan bahawa
hukuman denda yang dikurangkan bagi 10 pasukan yang lewat dan gagal
melengkapkan senarai pendaftaran pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim
2018 adalah keputusan muktamad.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya
tidak akan melayan lagi sebarang rayuan untuk mengurangkan lagi jumlah
denda selepas setiap pasukan telah diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan
rayuan.
Bagi pasukan Liga Super, hukuman telah dikurangkan daripada
RM1.5 juta kepada RM500,000, manakala bagi pasukan Liga Premier, denda
dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000.
Justeru, jumlah itu adalah munasabah dan proses rayuan hanya
sekali sahaja, katanya kepada pemberita sesi perkongsian pengalaman bertajuk:
'Peranan MFL Dalam Pembangunan Bola Sepak Malaysia' di Universiti Teknologi
Mara (UiTM) di sini hari ini.
MFL sebelum ini dikenali Football Malaysia Limited Liability
Partnership (FMLLP), mengendalikan Liga-M. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan