DYAM TUNKU PRESIDEN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH FMLLP
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP pada 5hb Mac 2018. Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai penegasan hukuman pemotongan mata jika ada pasukan-pasukan masih gagal melengkapkan dokumen pendaftaran kelab tetapi diberikan peluang kedua dalam masa 14 hari untuk memastikan tiada pemotongan mata dan didenda.
Selain daripada itu, pertemuan turut membincangkan wang yang akan diterima sebanyak RM3juta untuk setiap pasukan bertanding dalam beberapa hari lagi. FMLLP juga akan mengubah perlembagaan pada Kongres FMLLP bulan Mac nanti dimana Jawatan Pengerusi FMLLP tidak lagi secara automatik disandang oleh Presiden FAM. Pengerusi FMLLP akan dipilih oleh 24 pasukan dalam badan induk tersebut.
————
HRH TUNKU PRESIDENT CHAIRS FMLLP BOARD OF DIRECTORS MEETING
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor as President of Football Association Malaysia (FAM) chaired a FMLLP Board of Directors meeting on 5th March 2018. The meeting discussed point deductions if there are teams still failing to complete club registration documents. Those teams will be given a second chance to complete it in 14 days to ensure no point deduction and punishment.
Besides that, the meeting discussed the RM3 million that each competing team will receive in the near future. FMLLP will also change its constitution in March's FMLLP Congress, in which the position of FMLLP Chairman will not be automatically shouldered by FAM President. The FMLLP Chairman will be picked by the 24 teams under the governing body.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan