Bung Moktar optimis impian Tunku Ismail julang bola sepak negara mampu diteruskan
Hamidin
BAKAL peneraju baharu Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
melepaskan jawatan Ahad lepas terus menjadi bualan.
Penaung kelab bola sepak Felcra FC, Datuk
Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Datuk Hamidin Mohd. Amin sebagai calon yang
paling layak kerana Setiausaha Agung FAM itu hampir sempurna selepas pemilik
Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail.
“Saya menyokong penuh syor Tunku Ismail
yang mencadangkan Hamidin sebagai pengganti baginda. Apabila Tunku Ismail
mencadangkan Hamidin, bermakna Hamidin bukan calang-calang orang,” katanya
ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tunku Ismail yang melepaskan jawatan
baginda sebagai Presiden FAM mencadangkan Hamidin sebagai peneraju baharu badan
induk bola sepak negara itu.
Status peletakan jawatan Tunku Ismail
sebagai Presiden akan diputuskan pada Mesyuarat Exco FAM, Isnin depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan