PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)
menegaskan denda yang dikenakan kepada 10 pasukan gara-gara kegagalan mereka
melengkapkan dokumen pendaftaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2018, tidak berat
dan kejam
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam yang tampil
mempertahankan keputusan itu berkata, sekiranya mengambil kira peningkatan
insentif kepada pasukan Liga M tahun ini, denda RM1.5 juta dan RM500,000 yang
dikenakan kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana itu tidak akan menjejaskan
mereka.
Insentif untuk pasukan Liga Super meningkat daripada RM1 juta
kepada RM3 juta manakala pasukan Liga Perdana pula menerima RM1 juta tahun ini
berbanding RM250,000 tahun lalu.
“Melihat kepada pendapatan setiap pasukan dan geran tahunan yang
diberikan kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana tahun ini, denda itu tidak
akan memberi kesan kepada mereka,” kata Kevin ketika Majlis Ikrar Bebas Rasuah
dan Dadah MIFA di sini, hari ini.
“Denda RM1.5 juta jika dibandingkan dengan geran RM1 juta tahun
lalu adalah lebih besar. Tapi jika insentif yang kami berikan terus meningkat
seperti yang kami lakukan tahun ini dengan memberikan pasukan Liga Super RM3
juta maka sebenarnya tiada perubahan.
“Selepas membuat pertimbangan mengenai denda RM1.5 juta, pasukan
Liga Super masih ada baki RM1.5 juta daripada geran itu, iaitu lebih 50 peratus
daripada geran tahun lalu.
“Jadi, bukannya pasukan mendapat kurang daripada tahun lalu.
Kami seboleh-bolehnya mahu berlaku adil tapi kami juga perlu bertindak tegas
dalam isu ini.”
Kevin menambah, dengan mengenakan denda kewangan yang berat
kepada pasukan, FMLLP berharap ia akan memberi kesedaran kepada mereka mengenai
kepentingan profesionalisme dalam bola sepak.
“Pihak pengurusan harus memastikan mereka bersedia dengan
cabaran baharu dan mereka tidak boleh terus mengulangi kesalahan sama,” kata
Kevin yang mengesahkan Selangor satu-satunya pasukan yang sudah menghantar
surat rayuan bagi meringankan denda berkenaan.
Selain Selangor, tiga lagi pasukan Liga Super yang dikenakan denda
itu ialah Kelantan, Kuala Lumpur, dan PKNS FC manakala enam pasukan Liga
Perdana pula ialah Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA serta UKM FC.
“Kami berharap mereka meningkatkan kemahiran pengurusan dan
menjadi lebih profesional. Sasaran kami untuk tahun yang akan datang untuk
memberikan pasukan sebanyak RM6 atau RM7 juta tapi jika pihak pengurusan masih
bersikap seperti ini, bagaimana kami mahu memberi mereka duit yang banyak?
“Penaja
juga akan lari kerana mereka tidak gembira dengan sikap seperti ini.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan