DYAM TUNKU PRESIDEN FAM TERIMA MENGADAP PENGARAH SERANTAU ASIA DAN OCEANIA FIFA UNTUK MEMPERTINGKATKAN MUTU PENGADILAN DALAM NEGARA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima mengadap Mr. Sanjeevan, Pengarah Serantau Asia dan Oceania FIFA pada 8hb Mac 2018.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan usaha memperkasakan badan pengadilan dengan mengadakan program-program pembangunan pengadil bagi meningkatkan lagi standard mutu pengadilan di samping turut menjaga integriti pengadil.
Dalam pertemuan tersebut, DYAM Tunku Presiden turut menyuarakan ketidakpuashatian baginda terhadap mutu pengadilan bola sepak Malaysia yang menerima begitu banyak aduan pada masa ini dan perbincangan ini turut meliputi cara memperbaikinya. Ia selari dengan slogan yang disampaikan oleh Mr. Sanjeevan iaitu ‘Promosikan permainan bola sepak, melindungi integritinya, dan bawa permainan ini kepada semua’.
———
HRH FAM PRESIDENT GRANTS AUDIENCE TO FIFA REGIONAL DIRECTOR FOR ASIA AND OCEANIA TO IMPROVE REFEREEING QUALITY IN MALAYSIA
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and President of the Football Association of Malaysia (FAM), granted an audience to Mr. Sanjeevan, Fifa's regional director for Asia and Oceania on the 8th of March 2018.
Among the topics discussed were efforts to empower the refereeing governing body and organise referee development programs to improve the standards and integrity of referees.
HRH expressed his dissatisfaction towards the quality of football refereeing in Malaysia, which has received much criticism recently. The meeting went on to also discuss ways to improve on this troubling issue in line with Mr Sanjeeven's slogan, 'Promote the game of football, protect it's integrity, and bring the game to all'.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan