Gambar
fail
KUALA
LUMPUR- Badi tanpa kemenangan skuad Harimau Malaya berterusan selepas
mengakhiri kempen Kelayakan Piala Asia 2019 dengan kekalahan 1-2 di tangan
Lebanon pada aksi Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Camille Chamoun Sports
City, Beirut awal pagi tadi.
Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe berkata , anak-anak
buahnya telah memberikan aksi yang terbaik walaupun menjalani sesi latihan
pusat dalam tempoh yang singkat.
"Saya harap kekalahan ini dapat memberi pengajaran buat
barisan pemain untuk tampil lebih cemerlang pada perlawanan antarabangsa akan
datang.
Kami dibarisi rata-rata oleh pemain muda dan saya percaya pendedahan
antarabangsa seperti ini akan memberikan pengalaman baik buat mereka,"
katanya dalam sidang akhbar.
Meskipun tewas, barisan pemain dilihat wajar mendapat pujian
setelah menampilkan aksi bertenaga dengan melakukan banyak hantaran pendek dan
corak permainan yang ternyata berbeza dari sebelum ini serta menunjukkan
semangat berjuang yang tinggi.
Skuad negara menduduki tangga tercorot Kumpulan B selepas hanya
mampu meraih satu mata dalam enam perlawanan.
Harimau Malaya dijualkan bertemu dengan Bhutan di Stadium
Nasional Bukit Jalil, Ahad ini. - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan