Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 29 Mac 2018

MFL tak layan rayuan kurangkan denda lagi


KETUA Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam pada sesi perkongsian pengalaman: Peranan MFL Dalam Pembangunan Bola Sepak Negara di Dewan Seminar Kolej Mawar, Universiti Teknologi MARA (UiTM). - Foto BERNAMA
devinder@nstp.com.my
SHAH ALAM: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bertegas tiada lagi ruang untuk rayuan terhadap keputusan denda yang dikenakan kepada 10 pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata pengurangan denda yang diputuskan badan pengelola itu pada minggu lalu, muktamad.
Empat pasukan Liga Super yang dikenakan denda sebanyak RM1.5 juta dikurangkan kepada RM500,000 manakala enam pasukan Liga Perdana hanya perlu membayar RM200,000 berbanding RM500,000.
"Tiada lagi ruang untuk rayuan kerana prosesnya hanya membenarkan satu rayuan saja. Denda yang dikenakan sudah pun dikurangkan, jadi ia adalah yang terakhir," kata Kevin ketika ditemui selepas memberikan ucapan mengenai sumbangan terhadap pembangunan bola sepak Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.
"Ia masih jauh lebih rendah daripada denda awal. Surat yang kami hantar kepada pasukan mengatakan bahawa dengan pengurangan itu terdapat kaveat yang ketat bahawa mereka tidak seharusnya terkejut dengan denda lebih tinggi daripada RM1 juta sekiranya berlaku kesalahan serupa pada masa depan."
Kevin turut menolak tanggapan yang mengatakan jumlah yang dikurangkan tetap tinggi untuk kesalahan membabitkan pentadbiran.
"Pasukan kini memiliki bajet RM15 juta ke RM25 juta, denda RM10,000 tidak lagi menjejaskan mereka dalam apa juga cara," katanya.
"Denda sebanyak RM500,000 jelas cukup bertepatan untuk membuat perubahan. Jika tiada siapapun yang mengadu, jadi kami berdepan masalah.
"Ini bermakna denda itu kecil dan mereka gembira untuk membayarnya. Ia adalah situasi yang bahaya. Denda adalah sesuatu yang orang sepatutnya membuat aduan dan kami mengalu-alukan aduan."
Kesemua 10 pasukan yang pada awalnya terpaksa membayar denda berkenaan menerusi tolakan keuntungan yang diberikan oleh MFL akan memperoleh kembali jumlah yang sudah dikurangkan. 
© New Straits Times Press (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan