Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 20 Februari 2018

Tunku Ismail kecewa masih terdapat 
pasukan tidak profesional



TUNKU ISMAIL SULTAN ISMAIL

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kesal apabila masih terdapat beberapa pasukan tidak menunjukkan sikap profesionalisme apabila gagal memberi komitmen dalam proses pendaftaran pasukan.
Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam memberitahu, Kelantan, Kuala Lumpur, Kuantan FA, PDRM, Pulau Pinang dan Sarawak gagal melengkapkan dokumen pendaftaran dan berkemungkinan berdepan hukuman pemotongan mata serta larangan mendaftar pemain baharu.
Begitu juga Selangor, PKNS FC, MISC-MIFA dan UKM FC yang menghantar dokumen melepasi tarikh akhir, 3 Februari lalu.
Bagaimanapun, kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, kesemua pasukan tersebut tidak perlu dikenakan hukuman pemotongan mata dan diambil sebarang tindakan kerana tidak mahu wujudnya spekulasi mengatakan beliau ingin mensabatoj mereka.
“Saya telah dimaklumkan bahawa pihak FMLLP akan memotong mata dan mengenakan hukuman kepada persatuan yang tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).
“Saya memahami tindakan FMLLP ini adalah untuk memastikan liga ini berjalan secara profesional dan mahu menunjukkan kepada para penaja yang terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan liga ini profesional.
“Bagaimanapun saya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia akan mewujudkan spekulasi daripada mereka yang kurang bijak dan mengatakan saya atau JDT ingin mensabotaj pasukan lain yang sedang berada di puncak liga kononnya.
“Biarkan sahaja mereka terus bertanding dalam Liga M ini. Biarkan penaja kita yang telah mengeluarkan beratus-ratus juta ringgit melihat sendiri kenapa liga kita tidak boleh berkembang. Bukan sahaja mengenai persatuan yang tidak profesional tetapi juga mentaliti penyokong bola sepak tanah air,” katanya yang dipetik daripada Facebook Johor Southern Tigers (JST).
Musim lalu, FMLLP mengambil tindakan drastik apabila memotong enam mata daripada dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Terengganu II serta dua lagi dari Liga Perdana iaitu ATM dan Perlis berkuat kuasa serta-merta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan