-----------
Saya baru ditanya oleh seorang pemberita bahawa adakah wujud atau sudah mula ada perbalahan di antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Pengerusi FMLLP bersama Sekretariat FMLLP kerana kenyataan dari DYAM Tunku Pengerusi nampak berbeza dari pendapat Sekretariat FMLLP yang mahu tegas tentang isu dokumentasi dan pendaftaran ini.
Ingin saya nyatakan bahawa Sekretariat FMLLP menyokong penuh kepimpinan DYAM Tunku Pengerusi. Apa yang boleh dilihat melalui kenyataan DYAM Tunku Pengerusi adalah kekecewaan yang wujud hasil dari persepsi sesetengah pihak yang menunding jari ke arah DYAM Tunku Pengerusi setiap kali wujud situasi di mana sesuatu hukuman bakal dilakukan.
Kekecewaan ini adalah yang sebenar kerana DYAM Tunku Pengerusi bekerja keras untuk memastikan liga dan setiap pasukan terjamin untuk jangka masa panjang. Pelaburan yang berjaya diperolehi menjadi sesuatu menguntungkan untuk kesemua pasukan, dan secara realiti harapan semua pihak yang melabur di dalam Liga Malaysia mahu melihat kemajuan dari segi profesionalisme.
Saya pasti DYAM Tunku Pengerusi tidak berniat untuk menidakkan peraturan, dan mahu peraturan ditegaskan, tetapi baginda berlaku sarkastik dalam membuat kenyataan kerana hampa dengan pandangan sesetengah pihak yang berminda kecil ini.
Bola sepak Malaysia sudah berada di landasan yang betul, pelaburan yang sudah mula masuk dengan nilai yang lumayan, adakah pihak-pihak ini tahu yang mereka ini sedang menghalang kemajuan dengan mengeluarkan kenyataan bijak pandai mereka yang serba tahu bukan sahaja mengenai pengurusan FA dan liga malah AFC dan FIFA juga.
KEVIN RAMALINGAM
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan