Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 20 Februari 2018

Sukar kenal pasti pemain jual perlawanan



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kesukaran untuk mengenal pasti pemain yang terlibat menjual perlawanan menjadi antara faktor utama perbuatan itu masih gagal dibendung.
Seorang jurulatih senior pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) yang enggan namanya disebutkan berkata, bukan mudah untuk mengaitkan mana-mana pemain dengan perbuatan menerima suapan daripada bookie walaupun pemain tersebut menimbulkan syak wasangka.
“Berdasarkan pengalaman saya sepanjang bergelar jurulatih, saya pernah mengesyaki beberapa pemain di bawah kendalian saya terlibat dengan perbuatan menjual perlawanan namun saya tidak boleh menuduh mereka begitu sahaja.
“Ada pemain yang pernah dapat kepercayaan penuh daripada saya, malah saya layan dia seperti anak sendiri tetapi saya tidak sangka apabila mereka turut terlibat dengan perbuatan menjual perlawanan.
“Mereka (yang terlibat) sudah profesional dalam perkara ini. Dalam sesi latihan kita tengok mereka akan memberi komitmen yang cukup bagus tetapi ketika beraksi dalam perlawanan golongan pemain seperti ini akan melakukan kesilapan yang kita sendiri susah untuk tentukan sama ada sengaja dilakukan atau sebaliknya.
“Disebabkan itu, perlu ada bukti yang kukuh untuk menangkap mereka, jika tidak boleh menimbulkan suasana tidak bagus dalam pasukan,” kata jurulatih itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan terdapat pemain bertaraf bintang dalam skuad kebangsaan serta pasukan gergasi Liga M antara yang pernah didatangi oleh bookie dan ditawarkan wang RM100,000 untuk mengatur perlawanan akhir Piala Malaysia namun individu yang enggan dikenali itu menolak tawaran tersebut.
Kancah bola sepak tempatan dipalit dengan isu mengatur perlawanan pada minggu lalu apabila dua pemain Sarawak dan seorang bookie direman enam hari untuk membantu siasatan.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek disyaki terlibat dalam mengatur perlawanan Liga Perdana melibatkan Sarawak menentang Felcra FC pada 10 Februari lalu. Dalam perlawanan tersebut, Sarawak mendahului 2-0 di Stadium Negeri di Kuching tetapi Felcra menghasilkan tiga gol pada minit terakhir permainan untuk menang 3-2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan