PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)
bercadang mengubah struktur organisasi setiap pasukan bertanding dalam Liga
Malaysia (Liga-M) dengan mengenal pasti pemilik pasukan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, kepentingan
untuk mengenal pasti pemilik setiap pasukan bukan hanya bertujuan bagi urusan
isu berkaitan gaji malah untuk melakukan perubahan dalam struktur pasukan bola
sepak secara keseluruhannya.
“Kita memang ada cadangan untuk melakukan perubahan dalam struktur
pasukan dalam Liga Malaysia, kita mahu setiap pasukan mendaftarkan pemiliknya.
Ini penting bila isu gaji tertunggak dibangkitkan, kita akan ada pihak yang
bertanggung jawab.
“Ini seperti syarikat yang memiliki pemilik, jika gaji pekerja
tidak dibayar, kita tahu siapa yang akan bertanggung jawab. Kita dalam proses
memasukkan peraturan baharu ini dalam syarat bagi pelesenan kelab, mungkin
dalam tempoh dua tahun akan datang, struktur baru pasukan ini boleh
dilaksanakan,” katanya.
Isu tungggakan gaji pemain terus menghantui Liga-M apabila
beberapa pasukan dikatakan masih lagi gagal melunaskan tanggungjawab mereka.
Dalam laporan terbaharu, Kuantan FA didakwa masih belum
menjelaskan tunggakan gaji berjumlah RM145,250 kepada enam bekas pemain pada 15
Januari lalu.
Kelab Liga Perdana itu masih ada enam kes tunggakan gaji yang
dibawa ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan 21 dengan FAM.
Kevin berkata, setakat ini hanya kelab Liga Super, Johor Darul
Ta’zim (JDT) yang mempunyai pemilik iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail
Sultan Ibrahim.
“Ada
pihak yang tidak senang bila saya bagi contoh JDT, tapi hakikatnya, kelab ini
yang mempunyai struktur organisasi yang baik. Jika kita lihat presiden pasukan
negeri, mereka semua adalah dilantik, jadi siapa yang akan bertanggungjawab
secara undang-undang bila masalah seperti tunggakan gaji ini timbul?” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan