GEORGETOWN 26 Feb. - Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berbual dengan bekas pemain bola sepak
kebangsaan yang beraksi pada Sukan Olimpik 1972, V. Krishnasamy, 74, ketika
menziarahi beliau di kediamannya dekat Taman Bidara, Batu Maung di sini, hari
ini. - GAMBAR/BERNAMA
PULAU PINANG 26 Feb. - Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) menegaskan tidak akan berkompromi dengan isu mengatur perlawanan
yang kembali menghantui arena bola sepak tempatan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd. Amin
berkata, FAM akan mengambil tindakan tegas termasuk hukuman penggantungan
seumur hidup kepada pemain yang didapati bersalah.
Menurut beliau, perkara itu termaktub dalam
peraturan FAM dan akan dilaksanakan bagi melindungi bola sepak negara daripada
dicemari unsur tidak sihat.
“Bagaimanapun saya berharap orang ramai tidak
membuat spekulasi berhubung kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Sarawak
(FAS) ketika ini kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang
melakukan siasatan, jadi kita perlu menghormati proses berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
mewakili Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melawat bekas pemain
kebangsaan, V. Krishnasamy yang sedang dirawat di sebuah pusat rawatan swasta
di sini akibat dibetis.
FAS sebelum ini membuat laporan kepada SPRM
selepas mengesyaki wujudnya unsur mengatur perlawanan selepas pasukan Bujang
Senang mempamerkan prestasi hambar termasuk tewas 2-3 kepada Felcra FC di
tempat sendiri walaupun mendahuli 2-0 sehingga separuh masa kedua.
Bagaimanapun, tindakan FAS diselar penyokong
skuad Ngap Sayop dan keluarga pemain yang dikaitkan kerana mendakwa tindakan
itu merupakan cubaan FAS untuk menutup kelemahan pengurusan mereka. - UTUSAN
ONLINE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan