Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 26 Februari 2018

FAM raih Anugerah Persatuan Sukan Dinamik


Gambar fail

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017 yang akan berlangsung Khamis ini.
Badan induk bola sepak negara diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu diiktiraf sebagai penerima anugerah tersebut berdasarkan pencapaian cemerlang tiga skuad muda negara tahun lalu yang melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Tiga skuad berkenaan  adalah pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee diikuti pasukan Bawah 19 Tahun (B-19) yang dibimbing Bojan Hodak dan pasukan Bawah 16 Tahun (B-16) di bawah Lim Teong Kim.
Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa dalam satu kenyataan hari ini, berkata pemilihan FAM diputuskan berdasarkan kepada pengiktirafan bahawa pelbagai program pembangunan bakat muda yang diusahakan persatuan itu kini nyata di landasan tepat.
"Pencapaian itu wajar diakui kerana ia peningkatan yang ketara setelah sekian lama bola sepak negara tidak berjaya untuk kerap beraksi di peringkat tinggi sebegitu," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan