BEKAS
pemain negara, V. Krishnasamy (dua, kiri) menerima sumbangan daripada Hamidin
(dua, kanan) sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia
Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam (kanan). - Ihsan FAM
KUALA LUMPUR 26 Feb. -
Sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan bekas pemain, Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) telah menghulurkan bantuan kepada V. Krishnasamy yang
pernah membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.
Krishnasamy menerima
sumbangan wang tunai daripada FAM yang disampaikan oleh Setiausaha Agung FAM,
Datuk Hamidin Mohd. Amin di Bayan Lepas, Pulau Pinang sebentar tadi.
Selain menerima
sumbangan, Hamidin turut bertanyakan khabar mengenai tahap kesihatan Krishnasmy
yang menghidap diabetes.
Krishnasamy, 74,
merupakan pesara kerajaan selepas berkhidmat di Penjara Pulau Pinang turut
mewakili negara pada Kejohanan Asean di Bangkok pada tahun 1970 dan 1974, Sukan
SEAP Kuala Lumpur 1971 dan Singapura 1973 serta mewakili Perak, Pulau Pinang
dan Penjara sepanjang karier domestiknya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan