Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 22 Februari 2018

Potong mata kejam - Kamarudin


BEKAS Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin yang melihat hukuman denda adalah lebih sesuai dikenakan kepada pasukan terbabit. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Hukuman pemotongan mata yang bakal dikenakan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) ke atas pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran buat kali pertama dilihat tidak wajar dan turut disifatkan sebagai kejam.
Sebaliknya, badan pengendali liga itu boleh melaksanakan hukuman lebih ringan bertujuan memberi amaran kepada pasukan terbabit supaya tidak memandang ringan perkara itu sebelum mengenakan pemotongan mata andai gagal melengkapkan pendaftaran buat kali kedua.
Cadangan itu ditimbulkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah yang melihat hukuman denda adalah lebih sesuai dikenakan kepada pasukan terbabit berbanding terus memotong mata yang berkuat kuasa serta merta.
"Berkenaan hukuman pemotongan mata, saya rasa kejam jika dikenakan bagi kesalahan pertama. Justeru, saya berpendapat lebih wajar dan memadai jika pasukan didenda terlebih dahulu sebagai peringatan supaya tidak mengulangi perkara sama.
"Kita harus melihat bahawa liga kita pun masih lagi di peringkat awal penswastaan dan ada pasukan masih berada dalam peringkat penyusunan terutamanya persatuan baharu dan kecil. Jadi beberapa faktor perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum pemotongan mata dilaksanakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, badan pengendali liga itu memberi bayangan betapa mereka sedia melaksanakan pemotongan mata sekali lagi kepada pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran bagi musim 2018.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam menegaskan sebarang keputusan untuk mengambil tindakan sedemikian tetap diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah FMLLP terlebih dahulu.
Kelmarin, FMLLP mendedahkan empat pasukan Liga Super, Selangor, PKNS FC, Kuala Lumpur dan Kelantan gagal memenuhi syarat pendaftaran pasukan meskipun sudah diberi peringatan serta peluang berbuat begitu.
Turut terpalit dengan isu itu ialah enam pasukan Liga Perdana  iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, UKM FC dan MISC-MIFA.
Jika bersandarkan hukuman dikenakan ke atas Kelantan, T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipotong enam mata musim lalu atas kesalahan sama, 10 pasukan itu berdepan kemungkinan untuk dipotong mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan